A. KESELAMATAN DIRI
1. Berjalan dalam kumpulan terutamanya di waktu malam
2. Jangan memasuki kawasan / bangunan di mana kerja-kerja kontrak/pembinaan masih berjalan.
3. Elakkan diri dari berada di kawasan sunyi dan terpencil, khususnya di waktu malam.
4. Jangan memasuki kawasan semak-samun/hutan pada bila-bila masa.
5. Kunci pintu bilik kediaman pada setiap masa sebelum tidur, khususnya di waktu malam.
6. Catatkan butir-butir diri dalam buku khas keluar/masuk di kolej masing-masing apabila hendak bermalam di luar kampus. Ini penting dalam usaha mengesan sekiranya berlaku sesuatu atau apabila ada berita kecemasan dari keluarga yang ingin disampaikan.
B. KESELAMATAN HARTA BENDA
1. Tingkatkan tanggungjawab terhadap keselamatan hartabenda khususnya wang ringgit dan barang-barang kemas. Hendaklah disimpan dan dikunci di tempat yang selamat.
2. Kad ATM dan nombor PIN jangan disimpan dalam beg yang sama. Nombor PIN wajar diingat atau dicatat secara yang tidak boleh difahami oleh orang lain.
3. Jangan meminta bantuan kawan mengeluarkan wang melalui kad ATM dengan memberikan nombor PIN.
4. Jangan tinggalkan alat-alat perakam suara, radio, kamera atau lain-lain barang mudah alih yang berharga di atas meja. Barang-barang tersebut mudah diambil melalui tingkat. Simpan di dalam laci/almari dan kunci dengan selamat.
5. Kuncikan pintu dan tingkap serta rapatkan langsir apabila hendak meninggalkan bilik.
6. Kuncikan motosikal di tempat letak motosikal yang betul sebelum ditinggalkan. Kunci juga topi kaledar jika hendak ditinggalkan pada motosikal tersebut.
7. Jangan tinggalkan barang-barang berharga dalam kereta yang boleh dilihat melalui cermin.
C. KESELAMATAN LALULINTAS
1. Peraturan dan undang-undang jalanraya di dalam kampus adalah serupa dengan yang dikuatkuasakan di luar kampus iaitu mengikut kuatkuasa Akta Pengangkutan Jalanraya 1987, di samping mengikut peruntukan-peruntukan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1999, Kaedah-Kaedah Universiti Utara Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.
2. Pelajar dikehendaki mendapat kebenaran daripada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) untuk memiliki dan menggunakan kenderaan di dalam kampus. Borang permohonan boleh diperolehi di Pejabat Kolej Kediaman Pelajar dengan menunjukkan lesen memandu, kad pendaftaran dan cukai jalan yang sah bagi kenderaan tersebut. Jika kenderaan didaftarkan atas nama orang lain, surat persetujuan dari tuan punya kenderaan tersebut hendaklah ditunjukkan juga.
3. Satu pelekat kenderaan akan dikeluarkan dengan cara dibeli oleh pemohon setelah mendapat kebenaran di atas. Pelekat tersebut boleh didapati di Pejabat Keselamatan dan hendaklah dilekatkan di bahagian hadapan kenderaan setiap masa supaya mudah dilihat.
4. Pengguna-pengguna jalanraya dalam kampus hendaklah mematuhi semua kaedah dan peraturan yang dikuatkuasakan, termasuk mematuhi semua tanda lalulintas dan arahan Pengawal Keselamatan yang bertugas.
5. Jangan memandu laju lebih dari had yang dibenarkan atau dengan cara yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain di dalam kampus.
6. Jika berlaku kemalangan yang melibatkan kecederaan dan kerosakan ke atas hartabenda Universiti hendaklah dilaporkan kepada Polis. Kegagalan membuat laporan Polis dalam 24 jam adalah satu kesalahan. Penguatkuasaan peraturan dan undang-undang ini di dalam kampus akan dilakukan oleh Jabatan Keselamatan dan pihak Pengetua DPP.
D. BAHAYA KEBAKARAN
”Fire fighting is always a loosing battle” Oleh itu, pencegahan adalah satu-satunya langkah yang paling berkesan untuk menghindari kebakaran.
Saranan berikut perlu dipatuhi :
1. Jangan membawa alat/bahan mudah terbakar ke bilik-bilik pejabat atau penginapan.
2. Matikan semua suis elektrik apabila keluar bilik.
3. Kampus UUM adalah zon larangan merokok. Api rokok boleh menyebabkan kebakaran.
4. Jangan gunakan alat ”heater” untuk memasak air. Ini satu kesalahan di bawah Peraturan Kolej.
5. Apabila memasak air panas menggunakan cerek elektrik pastikan suisnya dimatikan selepas digunakan.
6. Jangan membuat sambungan pendawaian elektrik secara tidak sah.
7. Jangan membakar sampah di merata tempat, lebih-lebih lagi berhampiran bangunan.
8. Jangan merosak atau mengkhianati alat-alat pemadam api yang dipasang di merata tempat. Sebaliknya wajar dipelihara bersama.
9. Apabila mengesan kebakaran hendaklah dengan serta-merta memberitahu Pusat Kawalan di Pejabat Keselamatan. Bertindak memadam kebakaran dengan cara-cara yang betul dilakukan jika keadaan tidak membahayakan.
10. Hendaklah melibatkan diri dalam latihan Kawad Kebakaran atau latihan mengosongkan bangunan serta ceramah Jabatan Bomba dan Penyelamat yang diadakan dari semasa ke semasa.
E. PENGENALAN DIRI DALAM KAMPUS
1. Sistem kad atau pas digunapakai di dalam kampus. Jenis-jenis kad atau pas tersebut adalah :
*Kad Pintar (Smart Card) bagi Staf
*Kad Pintar (Smart Card) bagi pelajar
*Kad kebenaran sementara bagi pekerja-pekerja kontrak pengusaha-pengusaha kafetaria dan pekerja-pekerjanya dan lain-lain peniaga/pekerja yang sering berurusan keluar/masuk ke dalam kampus.
*Pas Pelawat bagi pelawat-pelawat harian.
2. Kad atau pas hendaklah dipakai sepanjang masa berada di dalam kampus untuk tujuan pengenalan diri.
3. Tunjukkan kepada Pengawal Keselamatan bertugas apabila diminta. Jika hilang, laporkan segera kepada Pejabat Keselamatan.
F. TATASUSILA PERGAULAN
*Pergaulan mesra di antara semua pelajar dan juga anggota masyarakat kampus tanpa mengira agama dan bangsa adalah amat digalakkan. Sebaliknya, segala tindakan sama ada dalam bentuk tingkah laku, perkataan atau pergaulan tanpa batas yang boleh menyinggung perasaan orang lain adalah dilarang sama sekali.
G. PERATURAN MEMBAWA KELUAR HARTA BENDA
*Semua harta benda Universiti, staf dan juga pelajar yang hendak dibawa keluar dari kawasan kampus hendaklah disertai dengan surat kebenaran dari pihak Univesiti atau surat hak milik.
*Sila beri kerjasama yang sewajarnya kepada Pengawal Keselamatan yang membuat pemeriksaan kenderaan, harta/benda di pintu-pintu keluar/masuk.
H. APABILA BERLAKU KECEMASAN
*Hubungi dahulu dengan segera Pengetua atau Felo di kolej masing-masing.
*Hubungi juga Pusat Kawalan Keselamatan untuk tindakan-tindakan selanjutnya.
*(Tel: 04-9283333 – Pusat Kawalan di buka 24 jam)
Keselamatan di dalam kampus walaupun ditertanggungjawabkan kepada Jabatan Keselamatan tetapi pada hakikatnya adalah merupakan tanggungjawab semua lapisan masyarakatnya. Tanpa kerjasama yang sewajarnya dari semua pihak, tidak banyak yang dapat dilakukan oleh Jabatan Keselamtan dalam memelihara keamanan dan ketenteraman kampus.