Pengenalan Jabatan Keselamatan
Mula beroperasi pada Jun 1984 di kampus sementara Bandar Baru Darulaman, Jitra, iaitu lebih kurang sebulan sebelum kampus sementara Universiti Utara Malaysia di Bandar Baru Darulaman, Jitra menerima masuk seramai 336 orang pelajar perintisnya. Bermula dengan hanya 2 orang pegawai dan 21 orang anggota, Jabatan Keselamatan kini dianggotai oleh 4 orang pegawai, 13 anggota berpangkat rendah, 61 Pengawal Keselamatan dan 4 orang staf awam. Majoriti dari mereka adalah bekas pegawai/anggota Pasukan Tentera yang berpengalaman dan Pengarah Keselamatan sendiri adalah bekas pegawai kanan polis berpangkat Penolong Penguasa Polis, ketika itu. Pembesaran jabatan ini adalah selaras dengan peningkatan populasi pelajar yang kini menjangkau angka 20,000 orang. Selain tambahan pegawai dan anggota, Jabatan Keselamatan juga, pada 10 Februari 2004, telah diperuntukkan sebuah bangunan khas sebagai pejabat. Bangunan 2 tingkat yang menelan belanja RM 1.6 juta tersebut terletak di sebelah kiri Pintu Masuk Utama.

OBJEKTIF
Tujuan perkhidmatan keselamatan kampus adalah untuk memelihara suasana dan iklik keuniversitian yang ideal, aman dan tenteram. Jabatan Keselamatan berfungsi 24 jam melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti berikut:
*Memberi perkhidmatan kawalan terhadap keselamatan diri dan hartabenda.
*Memelihara keamanan dan ketenteraman kampus.
*Mencegah dan menyiasat kejadian jenayah.
*Mengawas dan menguatkuasakan peraturan lalulintas.

*Mencegah dan memadam kebakaran.
*Menerima, menyimpan dan memulangkan barang-barang jumpa kepada tuan punya.
*Membantu pihak pentadbiran dalam hal-hal yang boleh diuruskan, selepas atau di luar waktu pejabat.
*Memelihara hubungan baik dengan jabatan-jabatan luar mahupun dalam yang ada kaitan dengan kepentingan keselamatan kampus Polis, Tentera, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Perhilitan dan Jabatan Haiwan.
MISI
Jabatan Keselamatan berhasrtat:
*Memberi perkhidmatan keselamatan yang efektif kepada warga kampus.
*Mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja dan melaksanakan perbelanjaan berhemat.
*Menjadikan Jabatan ini sebagai Jabatan yang mempunyai kakitangan yang komited kepada tugas keselamatan dan kehendak Universiti, semangat berpasukan yang tinggi, produktif dalam pekerjaan, kreatf, tahap kepakaran kepelbagaian tugas keselamatan kampus dan berbudi pekerti.
*Menjadikan Jabatan Keselamatan sebagai pusat rujukan berhubung semua aspek kawalan keselamatan yang berkualiti dan berteknologi tinggi.
*Menjadikan Jabatan Keselamatan kampus yang bertaraf dunia menjelang 2010,
VISI
Untuk menjadikan Universiti Utara Malaysia sebagai sebuah kampus yang selamat, berteknologi tinggi bagi membantu perkembangan akademik dan pembelajaran serta menjadi tempat tumpuan pelancongan.